Kuala Terengganu-6 Feb 2011 - Kerajaan Terengganu bercadang membawa pensyarah universiti Mesir ke sini, bagi membolehkan ke semua anak negeri yang tertangguh pengajian kerana krisis disana dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.
Menteri Besar,Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri bimbang penutupan enam bulan hingga setahun yang diumumkan kebanyakan universiti terbabit akan menjejaskan pengajian pelajar.
"Yang dibimbangi tentang pelajar jurusan perubatan kita disana, kerana kalau cuti panjang ia akan merugikan pelajar. Oleh itu kita mahu berunding kalau boleh bawa pensyarah universiti berkenaan kesini " ujarnya lagi.
relek der...... ! memang kenyataan yang popular tapi banyak benda kena pikirkan. Banyak idea lain yang boleh di cetuskan oleh bijak pandai kerajaan negeri tentang isu ini. kan??
gatal mulut : ramai lagi yang duk menagih biasiswa untuk pengajian tempatan dengan kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment