14 February, 2011

MEMANTAPKAN UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH

As-Salam... CB nak amik kesempatan mengucapakan selamat menyambut Maulud Nabi 1432H pada esok hari.Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Nabi. Semoga dengan bertemakan "MEMANTAPKAN UKHUWAH MEMPERKASA UMMAH" ini Malaysia kita yang tercinta ini akan terus dapat mengekalkan keharmonian hidup InsyaAllah..

13 February, 2011

TERBARU!!! MAT SABU BUAT SARKAS DI BUKIT BERUNTUNG..

CB baru je balik dengar ceramah pas disini Taman Semarak Bukit Beruntung. Tak Ramai yang hadir ada la 100 orang walau pun pakar ngorat Pas Pusat yang hadir. Dengan modal beras 5kilo untuk penyokong tegar sebagai mukadimah acara....Mat Sabu pun memulakan persembahan lawak sarkis nye tu. Rakan CB yang kebetulan penduduk taman tersebut kesal dengan tindakan Pas itu, difahamkan ceramah tersebut dilakukan tanpa permit dah la betul2 celah2 lorong taman perumahan siap dengan ajak geng2 berniaga dah mcm pasar malam, taman yang di jaga kebersihanya oleh komuniti disitu pastinya rasa kurang selesa dengan kekotoran yang bakal ditinggalkan. Bising satu hal dah la orang nak keje esok. "Kalau ceramah agama maulud nabi tak pe la jugak ni ceramah politik... buat semak je!" kata rakan CB lagi. CB pusing2 Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung ni bukan main banyak lagi tempat yang luas2 untuk buat program hampeh macam tu. Kenapa nak kena buat kat depan rumah orang? ?? seperti biasa pengisian ceramah pakar ngorat pas pusat ni ialah bela kaum cina sampai dia kata contohilah kerajaan komunis. wot abg mat sabun wot! cuba tanya rakyar cina sapa yang hebat negara dan rakyat ke negara saja? CB tak tunggu lama disitu lain mcm je jelingan skuad keselamatan pas yang berambut panjang ala2 mat gian tu. Kita minum dulu!!! As salam.

12 February, 2011

TERBARU!! ADUN KERDAU MENINGGAL DUNIA

TEMERLOH 12 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, petang tadi.
Zaharuddin, 63, sebelum itu dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya di Kerdau, dekat sini.
Allahyarham sebelum ini pernah menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit. - Utusan


TAKZIAH KEPADA KELUARGA ARWAH CB DISINI MENGAJAK SEMUA SEDEKAH ALFATIHAH KEPADA ARWAH SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA ORANG-YANG BERIMAN. BAKTI ARWAH UNTUK RAKYAT DAN PARTI AKAN TERUS DIKENANG INSYAALLAH.

PANAS!!! PAS MENGAKU AKHIRNYA!!!!

PERILAKU MEROBOHKAN POSTER PARTI LAWAN

BERITA HARI INI


HARI NI PAS KLUK KLEK DENGAN MENONONGNYE MENJAWAB PERSOALAN YANG MEMANG RAMAI DAH TAU PUN. MEREKA DENGAN BANGGA MENGAKU PENYOKONG MEREKALAH YANG MELAKUKAN KACAU BILAU SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA DAN HARI PENGUNDIAN. TERUSKAN LUDAH KELANGIT YE PAS KLUK KLEK!!!. As-Salam...

CARA PAKATAN RAKYAT MEMBELA NASIB MELAYU

GERAI-GERAI CINA DI PENANG

GERAI-GERAI MELAYU DI SELANGOR

ANDA DIMANA?

11 February, 2011

MESIR BERPESTA

KAHERAH 12 Feb. - Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya apabila meletakkan jawatan yang diumumkan oleh naib presidennya, Omar Suleiman dalam televisyen negara itu malam tadi.
“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar ketika mengumumkannya dalam televisyen.
Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan diseluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.
Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.
Di Tunis, rakyat Tunisia turut berpesta meraikan perletakkan jawatan Mubarak selepas empat minggu mereka menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali dari tampuk pemerintahan dengan menari dan membunyikan hon kenderaan sepanjang jalan.
Sebelum itu, satu sumber memberitahu AFP, setiausaha agung parti pemerintah Mesir, Parti Demokratik yang baru dilantik oleh Mubarak, Hossam Badrawi meletakkan jawatan.sumber-utusan malaysia.

banyak persoalan lepas ni kan???

LELONG!!! LELONG!!!! RM60 SAHAJA!!!!!

CB tak tau nak cakap macam mana lagi.... hari ini pegawai-pegawai Kerajaan Kelantan (PAS) telah menyambut ketibaan rakyat Kelantan dari Mesir di lapangan terbang subang. Tapi PAS dengan otak seliparnya menyambut rakyat mereka itu untuk menghasut mereka supaya mencemuh operasi pyramid yang telah dijalankan oleh kerajaan pusat dengan umpan duit!!!! RM 60 Setiap seorang. wow!!! dasyat!!!! POLITIK SELIPAR JEPUN PAS.

10 February, 2011

PANAS!!! MELACUR DEKAT PEJABAT MB???

Liza, seorang Pelacur sedang bersedia untuk melayan pelanggan di premis pelacuran tidak sampai satu kilometer dari Pejabat Nik Aziz dan premis ini di dakwa dilindungi oleh MPKB Bandaraya Islam

Setelah dua puluh tahun Kelantan di pimpin oleh Ulama dengan diperintah oleh Parti Islam, pusat placuran terancang dan karaoke-karaoke haram semakin berleluasa di Kota Bharu bahkan di dalam DUN Chempaka yang ADUN nya adalah Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul AM PAS.
        
untuk lanjutan => klik sini

PANAS!!! MB SELANGOR PENING PEMILIHAN UNIFORM POLIS SELANGOR.

                                                       MB selangor pening!!!

ANDA PILIH YANG MANA???

09 February, 2011

HARIMAU MALAYA TERUS MENGAUM!!!!! GGGRRR!!!!

Tahniah HARIMAU MALAYA!!!! Malaysia berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan dengan menang keatas Hong Kong 2 gol tanpa balas. Gol dijaringkan Mr Kapten , Syafiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal. Tahniah juga kepada Ultras Malaya juga berjaya mengekalkan momentum sokongan aku percaya kehadiran yang boleh dipuji di SSA malam ini adalah usaha sama Ultras Malaya yang tak henti2 melaungkan JOM TURUN STADIUM!!! Tahniah semua. 

08 February, 2011

HOT!!!! PAS HANTAM BELAKANG NIK AZIZ

mana satu ni? ke..... ketua penerangan dia mau kasi rotan nik aziz punya belakang? kalau dipikirkan ada logiknya juga. nampak sangat pas buat keputusan tanpa tanya tuan punya badan. 


Pork nik... pork nik tau dok 1 Malaysia pakat duk frah pok nik tok sey debat. Ambo pun terkilan jugok, nok jugok tengok pork nik keno pok atah dahi tu. kahkah! As-salam.

06 February, 2011

TAHHNIAH KERAJAAN MALAYSIA

KERANA BERJAYA MEMBAWA PULANG KUMPULAN PERTAMA PELAJAR KITA DARI BUMI BERGOLAK... TAHNIAH MALAYSIA!!! 

TERENGGANU NAK BAWA SEMUA UNIVERSITI MESIR KE MANA????

Kuala Terengganu-6 Feb 2011 - Kerajaan Terengganu bercadang membawa pensyarah universiti Mesir ke sini, bagi membolehkan ke semua anak negeri yang tertangguh pengajian kerana krisis disana dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa. 


Menteri Besar,Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri bimbang penutupan enam bulan hingga setahun yang diumumkan kebanyakan universiti terbabit akan menjejaskan pengajian pelajar.


"Yang dibimbangi tentang pelajar jurusan perubatan kita disana, kerana kalau cuti panjang ia akan merugikan pelajar. Oleh itu kita mahu berunding kalau boleh bawa pensyarah universiti berkenaan kesini " ujarnya lagi.


relek der...... ! memang kenyataan yang popular tapi banyak benda kena pikirkan. Banyak idea  lain yang boleh di cetuskan oleh bijak pandai kerajaan negeri tentang isu ini. kan??


gatal mulut : ramai lagi yang duk menagih biasiswa untuk pengajian tempatan dengan kerajaan negeri.

04 February, 2011

PAKATAN MULUT LONGKANG!!!

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA SEGALA KOS PROSES UNTUK MEMBAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI MESIR ADALAH DI TANGGUNG OLEH KERAJAAN MALAYSIA. ULANG SEKALI LAGI, SEMUA!!!! TANPA KIRA FAHAMAN POLITIK. 


Ada pihak tak ada otak bikin fitnah cakap rakyat Malaysia di Mesir terpaksa guna kos sendiri untuk pulang ke Malaysia... 

03 February, 2011

POK NIK DAN FATWA

Sedikit senarai fatwa-fatwa lawak Pok Nik dari dulu hingga kini.... jangan percaya baca je

  • Orang UMNO tak boleh kahwin dengan orang Pas
  • Undi Pas masuk syurga
  • Pahala pangkah Pas sama dengan pergi Haji
  • Tak halal makan sembelihan UMNO
  • Tak sah berimamkan UMNOian
  • Tak sokong Pas disamakan dengan Jahiliah
Terbaru Prof Madya M Noor Deris selaku Pengerusi Biro Agama dan Ulamak Umno Kelantan menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji akan hal ini,berikutan kebimbangan segala kenyataan Pok Nik akan lebih merosakan akidah umat islam di Malaysia. Ulamak UMNO itu juga turut mempelawa Pok Nik untuk berdebat tentang "Fatwa-fatwanya".
    
Kalau nak kenal Prof Madya M Noor Deris ni bekas AJK Dewan Ulamak Pas. Beliau juga pernah berdebat secara tak sengaja dengan Pok Nik semasa PRK Galas yang lepas tapi banyak soalan tidak dapat dijawab Pok Nik yang juga mendapat halangan ponyokong Pas disitu.... jom tengok video ni

02 February, 2011

KECOH!!!! : DIN PUDURAYO? SAPO TU?

Kecoh satu malaya pasal Din Puduraya nih ikuti perbualan CB dan Penyokong Pas (PP) dikawasan CB.


PP  : Sapo Din Pudurayo tu?
CB : Salahuddin Ayub...
PP  : Doh bakpo panggil Din Pudurayo? 
CB : Sebab dio berehi gi hotel pudurayo tido situ.
PP  : La.... pangkat bos besar doh dio tuh...
CB : Ho la...
PP  : Dio gi wat gapo di hotel tuh?
CB : Bergewe.....(bercinta)
PP  : Hah!!!!!?? 
CB : La bakpo kejut?
PP  : Ish tok cayo lah!
CB : La kalu dok bakpo dio dok perjelas isu ni? Ore pakat geger belako doh. Jolo la tu...
PP  : Adula.... bergewe dengan sapo? Sapa bowok         masuk bilik hotel ko?
CB : Bini ore.....bakali..... 
PP  : Hah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Baso bengong!!!!! 


Maaf nama penyokong Pas tersebut tak dapat CB siarkan atas tak ada budget nak bayar publisiti.... Untuk cerita lanjut berkenaan Isu Din Puduraya ni => KLIK SINI

HANGAT!! SIAPA ROKERS YANG JUAL GANJA DAN SYABU?

Buletin Utama semalam menyiarkan penangkapan seorang vokalis kumpulan rock bersama isteri di salah sebuah hotel di Melaka kerana memiliki dadah jenis ganja dan syabu. Siapa artis tu???? 

Aku terbaca Twitter Hazrey ni tadi . Namun kesahihannya masih diragui. Cuma dari bentuk badan dan susuk tubuh ramai dah dapat mengagak itu adalah AMENG!!!!Wallahualam.... Sekarang pasangan tersebut masih di tahan reman untuk membantu siasatan.

PANAS!! : PAS VS PKR @ MERLIMAU???

Pertarungan berebut calon berterusan di Merlimau dengan masing2 nak letak calon masing2. Ketua AMK Shamsul Iskandar terus main tarik2 rambut dengan Ketua DPP,Nasaruddin Tantawi. Pembesar Pakatan Reput kusut mencari jalan penyelesaian dengan apa yang berlaku. 


Untuk cerita lebih lanjut => KLIK SINI

MALAYSIA DAHULUKAN RAKYAT DI MESIR

  • Sebentar tadi PM telah memutuskan untuk membawa keluar kesemua rakyat Malaysia dari Kaherah dengan misi bersepadu udara dan laut. 
  • Jaminan anggota misi bahawa rakyat Malaysia disana akan selamat
  • Pelbagai agensi turut serta dalam misi tersebut,antaranya MARA menghantar 2 orang pegawainya kesana.
  • Jeddah adalah lokasi selamat.
  • Air Asia membuat penerbangan khas ke Jeddah untuk bawa pulang rakyat Malaysia.
  • Kalau nak best lagi mereka boleh buat UMRAH.