31 January, 2011

NIK AZIZ BAPA PERPECAHAN ISLAM??


Teringat kata-kata Nik Aziz " Orang melayu yang tolak islam lebih teruk dari Kuan Yew" . dah senget kot bos PKK nih. Entah apa yang dia nampak pada Kuan Yew tu sampai dia boleh cakap macam tu? Nampak sangat setiap ucapan Nik Aziz tiada lain selain menjaga kepentingan politiknya sendiri.Nik Aziz cenderung memburukkan musuh politik dan nasionalis melayu , sedangkan musuhnya yang diburukkan itu sibuk mempertahankan serangan secara halus terhadap orang islam oleh Kuan Yew. Jadi tak salah aku mengiktiraf Nik Aziz ni sebagai bapa perpecahan islam abad baru.



   Kuan Yew musuh islam??? Ya, aku mengangap begitu sebab dia sendiri meminta orang islam melonggarkan pegangan agama mereka kerana mengangap islam sebagai penghalang integrasi antara kaum di Singapura. Sehinggakan orang melayu Singapura sentiasa dalam ketakutan untuk bersuara. Ini semua di luahkan di dalam bukunya bertajuk Lee Kuan Yew : Hard Truths to Keep Singapore Going. Semoga Malaysia dan Islam terus selamat dari ancaman. InsyaAllah. As - salam.



TORRES KE CHELSEA?

Memang betul pun torres dengan rasminya ke chelsea semalam. Kata torres yang menguatkan lagi beliau untuk memilih chelsea kerana setiap kali perlawanan menetang the blues itu pasti beliau berasa semangat. Persoalan CB dimana tempat anelka dalam squad lepas ni?

30 January, 2011

KONDOM SAGUHATI TETAMU PERKAHWINAN DIRAJA?????

LONDON: Sebuah syarikat mengambil kesempatan terhadap sambutan perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton, April ini dengan mengeluarkan kondom cenderahati. Syarikat Crown Jewels Condoms of Distinction mengeluarkan pek sambutan khas yang memaparkan slogan: ‘Umpama perkahwinan diraja... satu peristiwa tidak dapat dilupakan.’
Beberapa pihak mengecam tindakan syarikat itu atas alasan ia tidak bersesuaian dengan acara yang dinanti-nantikan rakyat Britain itu. 

William yang juga juruterbang helikopter tentera dan pewaris kedua takhta akan berkahwin dengan Middleton, kekasihnya ketika di universiti pada 29 April ini di Westminster Abbey. 

Semua cenderahati tidak rasmi yang sudah dijangka seperti tuala minum teh, set pinggan mangkuk dan poskad dihasilkan dengan segera oleh pengeluar dan kondom kini termasuk dalam senarai baru. 

Seorang jurucakap Crown Jewels Condoms of Distinction, Hugh Pomfret, menegaskan ia adalah ‘satu cara unik untuk mengingati acara besar Britain.’ 
“Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, ia akan menjadi momento abadi satu perkahwinan bersejarah. 

“Didatangkan dalam warna ungu dan emas, setiap pek memaparkan gambar pasangan itu saling merenung mata satu sama lain, menyatakan ia mengandungi tiga ejen pencegahan, iaitu pelincir berlebihan dan penyokong menakjubkan. 

“Satu lukisan pasangan seperti mana yang mungkin kelihatan pada hari perkahwinan juga tertera pada pek berkenaan.” 

Persamaan wajah tidak begitu ketara, namun gaya dan pakaian kelihatan digayakan pada gambar rasmi pertunangan

Cobongbiru : Bagi bunga telur pun dah cukup apa yang penting ikhlas. 

PUNCA KALAH ADA DALAM BAJU CIKGU MALA : PKK



Tapi CB tetap seronok nak bercerita hal politik bontot TGNA di Tenang,hahahahahaha. Bos PKK (Pas Kluk Klek) mungkin tengah pening duk pikir apa punca ugutan "JAHILIAH" dia tak menjadi.... Mahfuz yang sempat mengucapkan tahniah kepada BN melalui Twiternye pun mungkin tengah pikir benda yang sama,apa punca PKK boleh kalah? Cuba cari selak baju Cikgu Mala tu kot-kot ada ke punca-punca tu semua.hahahahaha. Untuk mengetahui senarai alasan kekalahan PKK di Tenang => KLIK SINI

BN MENANG DI TENANG.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan SPR : 


BN   : 6699
PAS : 2992

MAJORITI : 3707

Sekali gus BN berjaya menambah majoriti undi 2008. TAHNIAH TOK AI!!! TAHNIAH BN!!!!! 









29 January, 2011

TAHNIAH KELANTAN


Tahniah Kelantan!!!! Tahniah pasukan kelantan sekali lagi cipta sejaran dengan pertama kali menjuarai Piala Sumbangsih atau Piala Sultan Ahmad Shah sekali gus mengutip mata penuh pada pelawanan pembukaan Liga Super Malaysia malam ni. 


COME ON SELANGOR!!!!!! Mengecewakan . Itu yang aku boleh katakan... Persiapan rapi sampai ke Australia pun belum cukup untuk menaikan semangat pasukan. Apa yang aku tengok keserasian antara pemain lansung tak ada, sehinggakan emosi mengusai.... Entah la Amri,Fadzli,Hardi,Shafiq lansung tak form. Come on Selangor please bangkit untuk next game buktikan Red Giants sememangnya GIANTS!!!! 

PENYOKONG??? Tahniah kehadiran sangat membanggakan. Tapi harap lepas ni displin dapat dipertinggkatkan,sampai hampir 10 minit perlawanan terpaksa dihentikan dah macam latihan perang korang buat,laser pun satu hal... hadoi....... Dalam sibuk sana sini nak mentranformasikan bola sepak Malaysia ke satu tahap yang tinggi kita sebagai penyokong kena la bagi kerjasama sebab displin penyokong pun penyumbang faktor kemajuan bola sepak tu sendiri. As-Salam.

KEPUTUSAN PENUH LIGA MALAYSIA 2011

Keputusan penuh Liga Malaysia  29/01/2011 => KLIK SINI
Kedudukan terkini Liga Malaysia 29/01/2011 => KLIK SINI

28 January, 2011

POK NIK..... POK NIK....POK NIK.....


Esok seluruh warga Tenang akan keluar mengundi untuk menentukan wakil rakyat bagi kawasan mereka pada malamnya pula wakil rakyat tersebut pun diumumkan lusa wakil rakyat yang secara rasminya digelar YB pun akan memulakan tugasnya. Petugas2 parti bertanding dan petugas pilihan raya pun meninggalkan Tenang ada yang  senyum ada juga yang merah muka nak marah. Itu biasa dimana-mana, tapi satu perkara yang tak akan ditinggalkan oleh penduduk Tenang dan seluruh rakyat Malaysia iaitu seruan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang mengatakan bahawa siapa yang mengundi BN/UMNO adalah orang yang JAHILIAH!!!! Subhanallah....... Ramai yang tersinggung dengan ugutan dari beliau yang digelar ulamak tersebut..(ulamak ke???) Jahilliah dalam segi bahasa bermaksud bodoh sesat atau jahil. Apakah TGNA benar bermaksud sedimikian? Jika betul, memang aku tak reti nak subscribekan "ulamak"  jenis apakah beliau... Pada aku apa yang TGNA ni cakap tiada satupun melambangkan keperibadian ulamak. Maaf cakapla memang haprak lah! Tapi aku percaya BN akan takluk Tenang sepeti tradisinya. InsyaAllah... HIDUP UMNO HIDUP BN!!!!!

SAYANG AMA OM......

BALIK PULAU: Seorang rakyat Indonesia berasal dari kawasan Palembang, Sumatera Selatan, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas kesalahan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM315,000 milik syarikat suaminya seorang rakyat tempatan sejak Mac 2009.....

Siapa bilang gadis melayu tak menawan tak menarik hati tiada memikat...... itulah sedikit bait-bait lagu gadis melayu yang juga dipopularkan oleh Jamal Abdillah, betul la kata orang BESAR indonesia satu ketika dulu "orang indonesia ini halus tapi ganas,orang malaysia ganas tapi halus". Teringat antara dialog filem "Syurga cinta" lakonan Heliza AF... "Ada tiga jenis jodoh. Jodoh Syaitan,Jodoh Jin dan Jodoh Allah.... Pilih dan fikirkan lah anda di jodoh yang mana satu... Dalam hal yang diatas COBONG BIRU menganggap jodoh itu sebgai jodoh syaitan kerana tergamaknya sang isteri melakukan sedemikian, tidak menolak bukan gelapkan duit je minah buat.. tak payah la nak cerita.. As-salam...

JANGAN BAGI MUKA BAGI TAPAK KAKI TAKPE...ERK?

Lebih kurang 23 jam je lagi kempen untuk PRK Tenang tamat.... tapi cerita tentang MC tipu tok laki CIKGU MALAun masih hangat diperkatakan sebagai salah satu senjata kempen... mana tak nye dah la tok laki dia pun CIKGU, pastu amik MC sampai 21 hari, buka nye uzur ke terlatar gering ke tapi demam pilihan raya, kempen untuk binik kesayangan...hahahha... hoi! kok ye pun mithali tak perlu la sampai nak menipu MC mike tu CIKGU...Nak bestkan lagi isu ni sampai ada mak bapak yang naik berang sebab CIKGU MAAROF  ni tak hadir untuk mengajar anak2 mereka sedangkan anak2 mereka bukan main seronok lagi tak belajor sebab cikgu duk sedap monteng. hahahahaha. Cikgu besor dah ready ke laporan untuk kementerian??? KPM jangan nak bagi muka bagi je tapak kaki kat dia... hahahahaha... As-Salam...

CISS!!!! MEROSAKAN REPUTASI!!!

28/01/11-Merak (Indonesia) - Kapal penyeberangan feri milik PT Bangun Putera Remaja yang membawa ratusan penumpang dari Pelabuhan Merak menuju Bakauheni, Lampung, terbakar di tengah laut pada Jumat dinihari pukul 03.59 WIB.

Itu sedikit sedutan berita dari seberang... dikhabarkan 3 maut tapi masih belum dipastikan. apa COBONG BIRU nak ceritakan kat sini ialah.... setelah siasatan dijalankan kejadian itu berpunca dari sepuntung rokok!!! SEPUNTUNG ROKOK!!!!  memang merosakan reputasi perokok sedunia betul lah! COBONG BIRU nak ingatkan pastikan terpadam dulu rokok tu sebelum anda jentik kemana-mana... tq

MACAM MANA NAK TENANG???!!!!

Selayaknya diorang tukar bendera dari bulat ke tengkorak mcm nih.. tak cukup dengan poster fitnah bakor bendera dan lain2... kali ni PAS KLUK KLEK nih dah kebuntuan idea dalam kempennya dengan merobohkan dan mengkoyak rabakkan bendera BARISAN... kita gelar perbuatan tu sebagai provoke bodoh tahap bontot... sebenarnya perkara mcm ni dah biasa berlaku disetiap PRK nak2 dah hujung2 kempen.... Nak sedapkan cerita lagi bila diorang tau diorang akan kalah hahahaha. Tapi nak buat mcm mana budaya LANUN ni memang dah sebati dengan ideologi mereka biarkan saja mereka dengan kedunguannya itu... hahahah. Esok hari last kempen kita tengok la apa pulak yang jadi... kot2 satu tenang nak di robohkannya kot hahahaha. Kepada semua petugas kawal emosi dan kepada semua voters selamat mengundi kali ni best kot ade yang pegi mengundi nak bot! As-Salam.....

27 January, 2011


BERLIN, Jerman - Seorang lelaki Turki yang menetap di Jerman mendapatkan perlindungan polis kerana isterinya yang kerap meminta melakukan hubungan seks, kata polis semalam.
Menurut polis, lelaki itu datang ke sebuah balai polis di barat daya Jerman pada Selasa lalu.
Lelaki itu berkata, dia telah tidur selama empat tahun di sofa untuk mengelak daripada tuntutan daripada isteri yang mahu melakukan seks.
Isterinya itu telah dikahwini selama 18 tahun.
Dia mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinannya itu.
"Sekarang, dia bercadang untuk bercerai dengan isterinya itu dan keluar dari rumah dengan harapan dia pergi ke tempat kerja dalam keadaan yang cergas sepenuhnya.
"Ketika itu, tindakannya mahu keluar dari rumah mustahil dilakukan kerana isterinya sering datang ke ruang tamu meminta dia melaksanakan tugas perkahwinan (seks) sehingga membuatkan dia meminta pertolongan polis untuk mendapatkan tidur pada waktu malam," menurut polis. - AFP

ber TENANG semua!!!!

hahahhaa... prk lagi. kali ni Dun Tenang di johor. yang mana Pas dah tak dok aroh laetak wanita sebagai calon Cikgu Mala, nama pun dah 18sx hahahaha. BN dengan steadynya mencalonkan TokAi sebagai calon orang tempatan yang berkelulusan dan regular dah dengan masyarakat Tenang. Seperti PRK2 sebelum ini tumpuan seluruh rakyat Malaysia terarah disitu. jadi baik buruk parti yang bertanding dapat dilihat. Jadi banyak la benda bodoh yang Pas ni dah buat yang mendatangkan rasa meluat seluruh rakyat Malaysia.... dari "doa" binasakan UMNO sampailah ke risalah palsu semuanya dah ditelanjangkan.... ape lagi nak? hakikatnya ape yang Pas buat semuanya ibarat ludah kelangit. Padan muka ko!!! hahahhaha. BN Dahulukan Rakyat!

26 January, 2011

merah kuning lambang kebanggaan....

Episod bola sepak Malaysia bermula lagi... dengan Piala Subangsih sebagai mukadimah. Edisi kali ini tampak menarik menyajikan seteru baru bola sepak Malaysia , Selangor vs Kelantan yang akan diadakan di SSA sabtu ni. Red Gaints yang diperkuatkan dengan 3 player baru dan Red Warriors yang tak habis dengan poblem sejak mene(menang) PM ... hahaha. M.Kharathu dipilih menjadi coach baru RW setelah BS yang digantung kaki oleh FAM bak kata pepatah "kerana mulut pasukan binasa"hahaha. Kebangkitan sokongan rakyat Malaysia terhadap bola sepak nampaknya semakin hebat setelah pasukan kebangsaan membuat kejutan di piala AFF. Dengan harapan semoga sokongan itu diteruskan untuk kempen MSL yang akan bermula Sabtu ini.. insyaAllah. kepada semua selamat menyokong dengan tanpa belah bahaginya terhadap pasukan masing kepada pasukan yang bertanding selamat berjuang...! VIVA SELANGOR!!!!

MEMPERSILAKAN.....

Hari ni 27/01/11 dengan secara rasminya aku menulis di blog dan menjadi blogger... hahaha layak ke? yang mana dah lama sebenarnya aku nak menulis/buat blog. tapi aku tak suka main redah je nanti nampak bongok plak. so pemerhatian dan pengamatan tu penting bagi aku sebelum memulakan sesuatu. blog ni topik ape?? secara poyonye blog ni lebih kepada isu2 umum yang pedas tahap cili bulat yang mana cili tu tak jual kat pasar2 di Malaysia ni. aku namakan blog ni sebagai cobong biru sebab...... biru lah! bukan hijau! dan bukan biru muda tapi biru tua... biru tua yang pekat nak best lagi yang navy blue tuh. faham kan? hahaha. cobong tu adalah bahasa kelantan atau erti kata lainnye speaker la... nak faham lagi speaker masjid. kalau korang nak tau speaker masjid ni kuat bunyinye. sebab tu la ada orang bodoh yang tak faham akan Agama orang lain sampai dengan bodohnye pagi complain pasal laungan azan subuh. hahahah. berjela mukadimah. ok selamat berbloging...